- Posted 01/12/2008 2:10 am
- Bila dia kata aku suka kamu, aku juga kata ya aku suka kamu juga tetapi sebagai sahabat. Beri masa tali persahabatan ini terjalin.
Bila dia kata aku rindu kamu, aku kata rindu perlu antara sahabat kerana rindu akan memastikan kamu sentiasa ingat pada aku.
Bila dia kata aku sayang kamu, aku kata sepertimana aku menyayangi persahabatan kita perasaan sayang itu memang akan sentiasa kita rasai di kalangan sahabat-sahabat sejati.
Bila dia kata aku cinta kamu, aku kata cinta itu terlalu meluas maksudnya. Selamilah dahulu makna cinta yang sebenarnya sebelum kita bercakap lebih lanjut lagi akan perkataan ini.
Aku cinta kamu… I love you… Tiga patah perkataan sahaja tapi sekiranya diucapkan kepada seseorang kesannya sangat mendalam. Perkataan ini akan membuatkan seseorang itu tergamam, mencebik atau tersenyum bergantung kepada situasi orang tersebut. Jika dia memang sedang menanti ungkapan ini dia akan tersenyum. Jika dia cinta tapi tidak pernah terfikir untuk mendengar ungkapan ini dia
|